“Melayu Dengki Melayu, Sebab Tu Melayu Tak Maju” – Sajat Naik Angin Bila Netizen Doakannya Kembali Ke Pangkal Jalan

“Melayu Dengki Melayu, Sebab Tu Melayu Tak Maju” – Sajat Naik Angin Bila Netizen Doakannya Kembali Ke Pangkal Jalan
Share

Umum mengetahui selebriti media sosial dan usahawan Sajat kini menetap di Australia selepas ‘lari’ daripada diburu oleh pihak berkuasa Malaysia.

Sejak berada di sana, Sajat sering bersiaran langsung di platform media sosial seperti TikTok dan Instagram untuk berkongsi pengalamannya bergelar penduduk tetap bumi kangaru itu.

Menerusi hantaran Instagram terbaharu yang merupakan gambar throwback, Sajat memuat naik gambarnya yang sedang menjamu selera di sebuah restoran di Bangkok. Menerusi ruangan kapsyen, Sajat menulis: “Date with someone who once safe my life. Thank you so much,” tulisnya.

Sungguhpun hantaran tersebut tidak mempunyai sebarang elemen provokasi, namun, ramai dalam kalangan netizen yang meninggalkan komen di bawah gambar berkenaan dan meminta Sajat untuk mengenang kembali kesalahan dan kembali ke pangkal jalan.
Seorang netizen men1ngg4lkan komen berbunyi: “Semoga Allah buka pintu hati mu kembali ke pangkal jalan saj4t. Amin,” tulis netizen berkenaan

Baca Juga


Bagaimanapun, saj4t kemudian membalas: “No way,” tegasnya.

Tidak habis di situ, saj4t kemudian menyifatkan golongan Melayu yang sinonim dengan per4ngai dengki antara satu dengan lain.

“Memang tu lah selalu terjadi.. Melayu dengki Melayu. Sebab tu Melayu tak maju. Kalau orang Melayu buka perniagaan, bab-bab santau ini kasi jer kat Melayu. Mereka ada perasaan dengki tu. Entahlah, zaman makin berubah pun tetap ada Melayu macam ni,” responnya.

Melihat pada situasi tersebut, seorang pengguna Instagram turut men1ngg4lkan komen dengan menyifatkan tidak semua Melayu berper4ngai serupa.

“Ramai ja Melayu yang elok, yang pi layan netizen tu kenapa? Bukan salah Melayu, bukan salah Malaysia… Bukan juga salah ibu mengandung… relax ah,” katanya.

close
Sajat yang diburu oleh pihak berkuasa mengesahkan dirinya sudah berada di Australia pada 18 Oktober lalu.

Difahamkan, dia kini sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia, dan sudahpun secara rasmi berhijrah ke sana dengan bantuan Kerajaan Australia, ketika bersiaran langsung di platform media sosial miliknya.

Sebelum ini, Sajat ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu, selepas p0lis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.

Sumber/Kredit: Gempak

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel