(Video) Iqbal Tabur, Pijak duit RM 70 Ribu seolah menghina rezeki
Tuesday, November 2, 2021

Selepas single pertama Iqbal Zulkefli dilancarkan pada 1 November 2021 di saluran Youtube Rusa Music, ramai yang mulai bercakap kembali berkenaan pemuda tersebut.
Mengejutkan, satu video yang dimuat naik oleh Youtube Rusa Entertainment telah kembali menghadirkan satu lagi kontroversi berkenaan pemuda berusia 27 tahun itu apabila konten yang disajikan memperlihatkan Iqbal menabur duit bernilai RM70,000.
Jelas kelihatan duit-duit yang dibaling berselerakan di atas lantai dengan seorang penyanyi lelaki mengutip dan membaling not Rm50 itu kembali.
'Sudah2 lah Iqbal' Rata-rata netizen merasakan yang Iqbal seolah-olah tidak menghormati duit dan bimbang rezeki lelaki berkenaan ditarik oleh Allah S.W.T..
Bagaimanapun, Iqbal tidak membalas perbualan tersebut dan hanya terus menyeret serta memijak kepingan wang kertas.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kepingan wang kertas tersebut asli ataupun palsu.
Aksi tersebut lantas mendapat perhatian dan teguran ramai yang menyifatkan Iqbal tidak menghormati rezeki.
“Dipijaknya rezeki itu. Ingat ya, yang beri rezeki itu ialah Allah SWT. Bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik,” tegur seorang netizen.
Selain netizen, aktor Aeril Zafrel turut meninggalkan komen sinis mengenai aksi memijak duit tersebut.
“Aku duit 10 sen pun tak berani nak langkah,” tulisnya.
Dalam pada itu, terdapat juga pengguna TikTok yang berpendapat kerana sikap tersebutlah, anak sulung Vida iaitu Cik B tidak menyukainya.
“Patutlah Cik B tak suka.
“Bersyukur Cik B tak merestui,” komen netizen.
Untuk rekod, semalam Iqbal membuktikan keseriusannya terjun dalam bidang nyanyian dengan melancarkan single pertama berjudul Hujan.
Lagu Hujan mendapat sentuhan komposer penyanyi Oja dan dua orang anggota Floor88 iaitu Zai Hamzah dan Achoi sementara lirik daripada Iqbal sendiri, Zai dan Achoi.
Sementara itu, video muzik Hujan pula arahan Eric Fuzi Floor88 dan diterbitkan oleh Rusa Music.
Sebelum ini, penyanyi berusia 27 tahun itu pernah menerima kecaman hebat apabila hubungan cintanya bersama Vida terputus di tengah jalan susulan beberapa faktor seperti tidak mendapat restu anak dan dakwaan disihir. – K! ONLINE