Isu Tular Foto Bercumbu Di Kelab Malam, Baby Shima Menangis Beri Penjelasan Di IG
Wednesday, November 17, 2021

Susulan tersebar gambar penyanyi dangdut Baby Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 28, seperti sedang mencium seorang lelaki di pusat hiburan, dia sekali lagi tampil menafikan dakwaan kononnya itu semua hanyalah gimik.
Jelas Shima, apa yang berlaku pada ketika itu sebenarnya adalah salah satu babak dalam penggambaran muzik video baharunya yang berjudul Lalai.
“Buat apa saya nak buat gimik macam itu untuk memalukan diri sendiri? Pastinya saya tidak memilih cara itu untuk mencapai populariti. Bila saya tengok komen-komen, semuanya menulis komen seolah-olah percaya tanpa tahu perkara sebenar.
"Saya nak minta maaf mengenai gambar yang tersebar itu. Saya pun tak tahu datang dari mana. Mungkin orang yang sebarkan itu cuba nak memburukkan nama saya.
"Saya percaya orang ini mahu menjatuhkan dan memalukan saya serta membuat orang benci lagi pada saya. Saya tahu tujuannya itu dan mungkin dia rasa puas apabila berjaya buat begini," katanya.
Shima menafikan dakwaan bermesra dengan lelaki di dalam gambar tersebar itu dan enggan mendedahkan identiti lelaki terbabit yang menurutnya tiada kepentingan untuk berbuat demikian.
Jelas Shima, wanita tersebut adalah dirinya namun ada salah faham yang timbul mengenai foto yang seakan-akan sedang bercumbu itu.
Shima membuat penjelasan tersebut di laman Instagram miliknya di mana dia kelihatan sedih dan turut menangis teresak-esak ketika bercakap mengenai isu tersebut.
“Terlebih dahulu saya nak minta maaf. Shima jelaskan dekat sini, gambar itu bertujuan untuk memburukkan nama, menjatuhkan dan memalukan Shima supaya orang lebih benci dekat Shima.”
Shima juga menzahirkan perasaan sedih dan terluka apabila membaca komen-komen netizen yang tidak mengetahui pucuk pangkal perkara sebenarnya yang terjadi.
Sumber: Harian Metro