"Ni Kahwin Ke Expo?" – PKP Lama Sangat, Majlis Kahwin Pasang 19 Khemah

"Ni Kahwin Ke Expo?" – PKP Lama Sangat, Majlis Kahwin Pasang 19 Khemah
Share

Setiap pasangan pasti menginginkan majlis perkahwinan yang hebat. Selalunya, setiap majlis kahwin pasti ada tema tersendiri seperti tema 'garden', klasik, 'bollywood' dan macam-macam lagi. 


Tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan juga mesti akan fokus dengan makanan yang disediakan. Adat orang Melayu kita, mesti ada nasi minyak, ayam masak merah, dalca dan air sirap. 


Baca Juga

Selain itu, pelamin dan 'doorgift' juga menjadi perhatian kita jika hadir ke majlis perkahwinan. Tetapi, lain pula ceritanya dengan video TikTok yang dimuat naik pengguna farazulkipli. 


Gadis ini telah menunjukkan sebuah majlis perkahwinan yang sangat unik. Menerusi video yang dikongsikan, gadis ini merakam suasana di majlis perkahwinan di mana biasanya, khemah di majlis perkahwinan mesti bawah 10.


close
Meninjau ke ruangan komen, ada beberapa netizen yang berkata, majlis perkahwinan ini sama seperti persiapan bazar Ramadan atau expo kerana terlalu banyak bilangan khemahnya. Ada juga yang mengatakan bahawa pengantin bukan sahaja menjemput satu kampung tetapi satu daerah.

Mungkin sebab sudah lama kenduri kahwin tidak dapat dibuat kerana pandemik COVID-19, maka ramai pengantin yang nak all out setelah lama menunggu giliran untuk membuat majlis perkahwinan. 


Sumber: Forum Cari

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel