Ira Kazar Tayang Cincin, Netizen Tanya Ini Je Ke Hasil Sondol Jutawan?
Saturday, August 13, 2022

Baru-baru ini, perkongsian terbaru anak kepada pelakon veteran Kaza iaitu Ira Kazar di Instagram menjadi perhatian ramai. Menerusi entri itu, cincin yang dipakai oleh Ira di jari manisnya menjadi bualan netizen.
Rata-rata netizen berkata-kata mengenai hubungannya dengan pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof yang masih lagi menjadi tanda tanya.
Melihatkan cincin tersebut, ada yang memberikan komen sindiran mendakwa citarasa Ira Kazar seperti makcik-makcik.
Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan bagaimana gadis itu mampu memakai iPhone 13 Pro Max sedangkan tiada kerja. Lebih pedas ada netizen bertanya itu sahajakah hasil menyondol seorang jutawan?
Seperti sudah dijangka, ada yang meninggalkan komen negatif terhadap gadis itu yang didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga Syamsul dengan pelakon, Puteri Sarah.
Bulan lalu, Puteri Sarah membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi).
Ia berkaitan dengan gangguan ketenteraman dirinya (kes sivil) selain menganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.
SUMBER: CARI FORUM