Selepas 10 Tahun Menanti, Azmi Saat Selamat Timang Anak Sulung
Tuesday, September 28, 2021

Hampir sepuluh menantikan zuriat, penyanyi Azmi Saat berkongsikan khabar gembira isterinya, Nazirah Muhammad selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta pagi tadi.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Azmi turut meluahkan rasa syukur proses bersalin secara pembedahan itu dipermudahkan.
Azmi turut berharap agar dia dapat menjadi bapa yang baik buat anaknya itu serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
“Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby.
“Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus buat kami sekeluarga,” tulisnya.
Lebih manis, anaknya itu juga berkongsi tarikh lahir dengan Azmi dimana hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke-34.
Sumber: Rotikaya