Khadijah Ibrahim Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Tuan Badan Menempelak "Saya Sihat Dan Baik Sahaja”

Khadijah Ibrahim Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Tuan Badan Menempelak "Saya Sihat Dan Baik Sahaja”
Share

Penyanyi legenda Dato’ Khadijah Ibrahim tidak terkejut dengan berita daripada sebuah portal yang memberitahu dia meninggal dunia, semalam. Khadijah atau lebih mesra disapa ibu Khaty berkata perkara sebegitu sering terjadi.

Penyanyi berusia 62 tahun itu berkata dia telah mendapat banyak panggilan telefon serta mesej daripada rakan-rakan artis yang terkejut dengan berita tentang kematian dirinya.

Baca Juga

Khadijah memberitahu pemberita sering tidak memikirkan kesahihan tentang sesuatu berita dan terus menulisnya tanpa usul periksa. Pada masa sama, ibu Khaty berasa kelakar dengan situasi tersebut.

“Tak baguslah buat berita sebegitu, keluarga saya sendiri ada yang terkejut dan menangis-nangis menelefon saya. Tak baik sebarkan benda yang tidak betul, lagi pula berita tentang kematian bukanlah sesuatu yang menggembirakan.”

Penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Gembira Disampingmu itu bagaimanapun bersyukur kerana masih ramai lagi peminat yang masih menyayangi dirinya sebagai seorang penghibur.
“Moga-moga berita sebegitu membuatkan lebih ramai orang mendoakan saya supaya panjang umur.”

Info tambahan, sebuah artikel telah menulis berita tentang Khadijah Ibrahim telah meninggal dunia sekitar pukul 4.30 petang semalam di Wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana masalah komplikasi buah pinggang.

close
SUMBER : Kosmo
Kredit: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel