"Mak Bapak Bangs*t Tak Reti Minta Maaf" - Diva AA Kecam Keluarga Tertuduh Bunuh Zulfarhan
Wednesday, November 3, 2021

Pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut bersimpati terhadap keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman.
Diva AA turut menitipkan doa buat ibu Zulfarhan di Instagram berikutan keputusan mahkamah pada Selasa terhadap 18 tertuduh yang juga rakan mangsa di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah membunuh Allahyarham.
Bagaimanapun, ciapannya di Twitter berbaur kemarahan terhadap semua kecuali satu keluarga tertuduh yang masih belum bertemu dan meminta maaf kepada keluarga Allahyarham.
“Dah melayang nyawa budak tu, sikit pun kau tak reti minta maaf?" Tweetnya.
Malah, isu ini turut mendapat perhatian pengacara Iesya Toh yang berang dengan keluarga terbabit.
"Langsung tak minta maaf? Keringnya hati mereka!" tulisnya di Instagram.
Sumber Asal - CARI Forum