Harith Iskander Persoal Peranan Tentera Ketika Banjir, Shahrol Shiro Tersinggung

Harith Iskander Persoal Peranan Tentera Ketika Banjir, Shahrol Shiro Tersinggung
Share

Beberapa hari lalu, pelawak Harith Iskander, 55, mempersoalkan peranan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mangsa banjir dalam satu hantaran di Twitter. 

Harith mendakwa dia tidak melihat angkatan tentera sepanjang empat hari dia di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.

Justeru, dia mempersoalkan adakah tentera akan hanya turun padang apabila bencana yang sedang melanda negara diisytihar sebagai darurat. Harith seterusnya menulis, kenderaan amfibia tentera adalah sangat berguna dalam menyelamatkan nyawa di Taman Sri Muda.

Baca Juga

Kenyataan Harith yang juga dikenali sebagai "Godfather of the Stand-Up Comedy" setelah memenangi Anugerah Asia’s Best Stand-Up Comedian oleh majalah Asia pada 2014 itu mendapat perhatian pelawak dan pelakon Shahrol Shiro yang melahirkan rasa tersinggung. 

Menurut Shahrol, dia sebagai anak kepada bekas tentera tersinggung dengan kenyataan Harith Iskander tidak nampak pasukan ATM turun membantu mangsa banjir.

"Berilah sedikit hormat buat petugas-petugas, anggota-anggota serta semua yang hadir memberi bantuan, bukan mencari siapa yang salah. Jika anda kata tidak nampak ATM turun membantu, saya sertakan gambar mereka yang turut serta dalam menyelamatkan mangsa banjir." katanya.
close

Terdahulu, ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak pada Jumaat, membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sumber mendedahkan, NADMA yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang, pada mulanya teragak-agak untuk mengerahkan ATM bagi usaha bantuan. 

Sumber penulisan: CARI

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel