Kamal Adli & Uqasha Berangkat Tunai Umrah, Bawa Doa Untuk Mangsa Banjir
Friday, December 24, 2021

Hampir dua bulan berkahwin dan memilih Tanah Suci Mekah sebagai destinasi bulan madu, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose berangkat untuk menunaikan ibadah Umrah malam tadi.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Kamal dan Uqasha memohon maaf jika ada salah dan silap serta meminta mendoakan agar mereka mendapat umrah yang mabrur.
“Bismillahirahmanirrahim. Kalau kami ada salah dan silap maafkan kesalahan kami berdua. Doakan kami mendapat umrah yang mabrurah. Maafkan kami semua,” tulisnya.
Dalam pada itu, Kamal berkata dia dan Uqasha membawa doa untuk mangsa banjir di sana agar bencana tersebut akan segera berakhir.
“Salam takziah untuk semua mangsa-mangsa banjir. Kami akan doakan Allah akhirkan bencana ini insya-Allah. Salam semua. Terima kasih untuk ucapan kahwin kami,” tulisnya.
Perkongsian Kamal itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang mendoakan agar dipermudahkan urusan pasangan itu dalam mengerjakan ibadah umrah.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha mengejutkan ramai apabila mengumumkan mereka sudah sebulan bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 5 November lalu.
Sumber: Rotikaya