“Saya Dulu Pun Cantik, Lawa” – Ellie Suraity

“Saya Dulu Pun Cantik, Lawa” – Ellie Suraity
Share

Pelakon Ellie Suriaty berpendapat bahawa soal paras rupa serta kecantikan itu adalah subjektif kerana dia percaya bahawa bakat sepatutnya menjadi keutamaan buat pengamal industri kreatif.


Bagaimanapun, Ellie berkata bakat adalah anugerah istimewa daripada Allah pada diri seseorang dan ia tidak ada pada semua orang.


Baca Juga

“Bakat adalah anugerah Allah SWT. Ia sangat khusus pada orang tertentu. Jadi saya tak melihat pada rupa paras kerana ia subjektif. Kalau cakap cantik ke tidak, saya dulu pun pernah cantik masa muda muda, lawa!


“Dalam hal ini, bukan soal cantik, tapi saya lihat ada kelemahan di bahagian penghasilan skrip. Ia wajar dipelbagaikan untuk beri ruang pekerjaan dalam industri seni, buat mereka yang berbakat,” katanya.


Ellie berkata lagi, dia tidak menghentam jika seseorang artis itu suka tampil cantik namun mereka yang berbakat yang akan lebih menyerlah.

close

“Kalau dia jaga bab itu, ia sesuatu yang positif bagi saya. Tapi, kena ingat. Bila anda berjalan masuk ke dalam sebuah majlis hiburan, meski ramai orang cantik dan berpenampilan cantik, anda akan nampak yang outstanding adalah mereka yang kita tahu kualiti dan disiplin kerjanya.


“Ini bukan outstanding dari segi kontroversi ya. Tapi bakat dan kerjayanya yang begitu menyerlah walaupun ketika itu, busana yang dipakainya sangat sederhana.


“Satu yang saya ingin pesan pada semua, orang yang berbakat mestilah menjadi orang yang tidak malas. Semuanya kena bergerak seiring,” katanya.


Dalam pada itu, Ellie berkata mustahil untuk jumpa ramai orang yang berbakat besar dalam satu masa sama, namun baginya bakat boleh diasah.


Bagaimanapun, Ellie berkata pihak TV juga perlu memain peranan kerana tidak bermakna seseorang itu mempunyai pengikut yang ramai di media sosial bermakna mereka itu berbakat.


“Sekarang banyak artis dan bakat baru yang ada macam cendawan tumbuh. Tapi, bakat boleh diasah sebenarnya. Mana boleh dapat sekali gus serentak.


“Pihak TV pun kena main peranan. Kalau pengikut ramai di media sosial, tidak bermaksud seseorang itu benar-benar berbakat. Pula itu jika hanya berpaksikan pada rupa paras semata. Tak bolehlah cop dah boleh berlakon jadi hero atau heroin,” katanya.


Sumber: Utusan Online
Kredit: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel