Radhi OAG Menyanyi Ketika Keluar Mahkamah Jadi Perhatian

Radhi OAG Menyanyi Ketika Keluar Mahkamah Jadi Perhatian
Share

Penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya di sekitar kediamannya di Kota Damansara Selasa lalu.


Memetik Malaysia Gazette, Radhi atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali membuat pengakuan itu selepas di bacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.


Baca Juga

Mengikut pertuduhan, Radhi pada 19 April lalu di kediamannya di Kota Damansara di sini, jam 2.29 petang dengan sengaja mencederakan bekas isterinya, Nur Shaira Ayu Zahiri.


Dalam pada itu, Timbalan Pendakwaraya, Mohamed Wafi Hussain menawarkan jaminan RM7,000 dan syarat tambahan pengadu tidak lagi diganggu.


Bagaimanapun peguam Haziq Aizuddin Subhi memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana tertuduh perlu menanggung anak-anak di bawah jagaannya ketika ini.

close

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu pengadu.


Sementara itu, video dikongsikan Malaysia Gazette di YouTube menjadi perhatian ramai memaparkan Radhi yang memakai baju kurta berwarna biru gelap sempat menyanyi lagu kumpulannya sendiri iaitu Slumber ketika dibawa keluar dari mahkamah.


Terdahulu, bekas isteri Radhi mendakwa berlaku selepas terdapat perselisihan faham gara-gara mangsa enggan bergambar bersama bekas suaminya itu.


Sumber: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel