"Bayar Bil Tertunggak," Lelaki Pakai Baju Melayu Merah Pagi Raya Dah Curi Kondom

"Bayar Bil Tertunggak," Lelaki Pakai Baju Melayu Merah Pagi Raya Dah Curi Kondom
Share

Segak pakai baju Melayu merah dan songkok bukan untuk pergi ziarah-menziarahi, tapi mencuri!


Begitulah kisah kedatangan 1 Syawal yang dicemari dengan tindakan seorang lelaki yang dikesan mencuri di sebuah kedai serbaneka.

Baca Juga


Lebih mengejutkan apabila barang yang dicuri adalah kondom, dalam kejadian pada 2 Mei lalu, ketika umat Islam di Malaysia menyambut hari raya pertama Aidilfitri.


Sejak Rabu, tular foto daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek di sebuah kedai serbaneka dekat sebuah kondominium di Kuala Lumpur.


close
Menerusi kertas yang ditampal pada pintu atau dinding kaca premis yang memaklumkan mengenai kes kecurian, individu berbaju Melayu merah dan bersongkok itu didapati mencuri kondom.


Dalam foto sama, terdapat seorang kanak-kanak juga memakai baju Melayu merah dan bersongkok mengekori suspek, dipercayai anaknya.


Rata-rata netizen memberi gambaran mengenai tindakan lelaki itu seperti hasutan syaitan yang 'bebas' selepas diikat sebulan pada bulan Ramadan.


Selain itu, ia turut dihujani komen-komen yang melucukan, seperti lelaki berkenan terpaksa mencuri kondom kerana segan untuk membayarnya di kaunter.

Malah, seorang pengguna Twitter turut berkongsi pengalamannya yang berdepan insiden kecurian kondom semasa bekerja di sebuah farmasi.

Walaupun wajah suspek tidak dapat dilihat dengan jelas kerana memakai pelitup muka tetapi netizen mula bimbang kerana ‘lelaki berbaju Melayu merah’ kini menjadi sasaran.


Sumber: mStar Online

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel