Neelofa Kongsi Cerita Detik Jatuh Cinta Dengan PU Riz Selepas Jadi Imam Solat Tarawih

Neelofa Kongsi Cerita Detik Jatuh Cinta Dengan PU Riz Selepas Jadi Imam Solat Tarawih
Share

Selebriti popular, Neelofa mendedahkan dia mula jatuh cinta dengan PU Riz atau Haris Ismail selepas suaminya itu menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada tahun 2020.


Berkongsikan perkara itu di program MeleTOP semalam, Neelofa berkata ketika itu PU Riz menjadi orang terakhir yang dipanggil selepas beberapa nama lain tidak berkelapangan.


Baca Juga

“Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia ‘handsome’ (kacak). Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.


Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta,” katanya.


Dapat dilihat, PU Riz tersipu-sipu malu serta beberapa kali mencelah apabila isterinya menceritakan momen manis itu.

close

“Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai,” katanya.


Neelofa dan Haris selamat bernikah pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan.


Sumber: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel