“Rosak Society Kita!”- Video TikTok Buru Isteri Orang Terima Kecaman Di Twitter

“Rosak Society Kita!”- Video TikTok Buru Isteri Orang Terima Kecaman Di Twitter
Share

Mencari jodoh bukanlah sesuatu kesalahan tetapi haruslah mengikut syariat yang ditentukan ajaran agama dan bukannya berlandaskan nafsu.


Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @iamjayrahman di mana dia mengecam tindakan sesetengah orang yang bertindak di luar batas agama dalam mencari cinta.


Baca Juga

Melalui ciapannya di Twitter, dia membidas video yang berasal daripada media sosial TikTok di mana video itu bertanyakan pendapat netizen tentang status yang menjadi pilihan sama ada anak dara, isteri orang ataupun janda.


Perkara yang menjadi isu ialah apabila isteri orang dijadikan sebagai salah satu pilihan dalam video tersebut.


close
Tambahan lagi, perkara itu merupakan suatu dosa yang besar apabila orang yang sudah mempunyai pasangan masih lagi mencari pasangan lain kerana ia adalah perkara yang secara terang-terangan haram di sisi agama.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa jijik dengan sikap sesetengah orang yang menjadikan perkara seperti ini sebagai gurauan walaupun ianya sesuatu yang sangat sensitif.

Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel