Dituduh Perempuan S*ndal, Sarah Hildebrand Nekad Pindah Luar Negara

Dituduh Perempuan S*ndal, Sarah Hildebrand Nekad Pindah Luar Negara
Share

Pelakon Sarah Hildebrand seringkali terpalit dengan kontroversi, sebelum ini dia dikecam kerana membuka hijab dan pada Ramadan lalu, dia menyatakan rasa kebenciannya terhadap orang yang ‘acah’ alim dalam bulan mulia tersebut.


Terbaru, Sarah mengeluarkan kenyataan bahawa dia hendak berpindah ke luar negara dan nekad untuk tidak balik ke Malaysia kerana kecewa dengan segelintir perangai rakyat Malaysia.


Baca Juga

Menerusi postingannya di Instagram Story, dia menunjukkan seorang netizen Malaysia yang menuduhnya sebagai perempuan sundal hanya kerana dia berkahwin dengan warga asing.

Dia juga berkongsi pandangannya menerusi ‘caption‘ entrinya di Instagram di mana dia berharap agar sesetengah orang mengubah mentaliti masing-masing supaya agar penduduk tidak terasa tertekan duduk di dalam negara ini.


close
Selain itu, dia juga berharap agar negara ini menjadi sebuah negara yang lebih sihat dan progresif untuk didiami.


Untuk pengetahuan, Sarah Hildebrand telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka asing, Otto Gillen berdarah kacukan Filipina-Amerika.


Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel