‘Saya Akan Gagalkan Awak…’ – Pelajar ‘Law’ Diberi Amaran Disebabkan Tulisan Cakar Ayam
Tuesday, May 17, 2022

Bila cakap tentang tulisan ini, rata-rata antara kita pasti ada stereotype tulisan cakar ayam hanyalah untuk doktor.
Namun, seorang pelajar daripada institut pengajian awam memecahkan pandangan tersebut menerusi video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok.
Khairiah Abdul Malik yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam meluahkan tentang tulisan tangannya dalam video tersebut.
Dia mendakwa bahawa pensyarahnya akan menggagalkan subjek yang diambilnya disebabkan oleh tulisan tangannya.
Perkara itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna aplikasi tersebut, namun rata-rata daripada mereka menyebelahi pihak pensyarah.
Namun, hasil daripada temubual bersama Mstar, dia menjelaskan bahawa pensyarahnya telah memberikan amaran tentang penulisannya kerana dia sukar untuk memahami akibat faktor usia.
Sekadar info, Khairiah mula sedar tentang tulisan tangannya berubah sejak dia meningkat usia dan semasa di sekolah menengah, dia pernah ditegur oleh gurunya agar menulis dengan baik terutama ketika menghadapi peperiksaan.
Sebagai inisiatif sendiri, dia kini membuat latihan tangan untuk memperbaiki semula tulisannya kerana dia mengaku bahawa dia pernah migrain membaca tulisan sendiri dari jarak jauh.
Sumber: mStar