Penyanyi Lelaki Popular Didakwa Baru Kahwin, Isteri Hamil Anak Luar Nikah
Wednesday, October 12, 2022

Tiada angin tiada ribut, hangat diperkatakan di media sosial mengenai seorang penyanyi lelaki dikatakan sudah berkahwin dengan seorang gadis kerana sudah terlanjur.
Memetik portal BOOM, difahamkan penyanyi lelaki itu yang sememangnya menjadi kegilaan ramai gadis.
Sumber turut mengirimkan gambar memaparkan penyanyi itu bersama seorang gadis cantik jelita dan kedua-duanya sedondon memakai pakaian serba putih.
Menurut sumber lagi, gadis berkenaan adalah isterinya yang baru sahaja dinikahi dan bukan di kalangan orang dalam industri hiburan.
Kata sumber lagi, penyanyi yang baru sahaja putus cinta itu berkahwin dengan gadis tersebut disebabkan sudah terlanjur dan mahu menutup perut yang telah membusung kerana hamil anak luar nikah.
Jika betul dakwaan yang diberikan oleh pemberi maklumat itu, maka tidak hairanlah selama ini si lelaki digelar buaya ataupun playboy oleh bekas teman wanitanya.
Sumber: Boom