“Aliff Syukri Bukan Nak Publisiti Sangat, Dia Nak Memondan Je” – Damian Mikhail

“Aliff Syukri Bukan Nak Publisiti Sangat, Dia Nak Memondan Je” – Damian Mikhail
Share

Tampil dengan lagu raya berjudul Kelepok Raya, bagaimanapun lagu nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu dikecam teruk oleh netizen.


Susulan ramai yang kurang senang dengan muzik videonya itu, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil usahawan itu untuk memberi keterangan.


Baca Juga

Isu muzik videonya itu turut mendapat perhatian penyanyi dan komposer terkenal, Damian Mikhail yang menyelar tindakan usahawan itu.


Menurutnya, dia melihat motif Aliff bukan untuk mahukan publisiti ataupun duit tetapi dia memang mahu ‘memondan’.


close
Dalam satu perkongsian lain, Damian turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan Aliff yang mempromosikan perkara itu di bulan Ramadan.

Perkongsian Damian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Malah, ada yang mengatakan mereka sudah faham dengan tindakan usahawan itu yang akan memohon maaf selepas terpalit dengan isu panas.

Terdahulu, Aliff turut meminta supaya tidak melibatkan ahli keluarganya dalam kontroversi tersebut terutama ibunya yang sedang menunaikan ibadah umrah.


Sumber: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel